Ptg semalam, aku ada terima 1 emel tentang seorang pembantu rumah. Lepas tengok emel tu, aku pun teringat tentang 2 orang anak aku yg kat umah tu. Sebaya macam dalam videoclip tu. Kalaulah perkara tu terjadi pada anak aku , confirm pecah muka pembantu rumah tu aku kerjakan. Sekarang baru aku teringat, patut la Mam Besar betul-betul bangkang masa aku nak amik pembantu rumah...
Thursday, April 16, 2009
Kota Keriangan Part 2
Bukan main seronok Farhana main game ni. Aku dulu masa kecik pun x pernah main game camni. Sampai 2 kali dia main ngan kak Ika. Aku pun turut gembira tengok anak aku gembira.
Kini, setelah berumahtangga, kegembiraan keluargaku adalah kunci utama kegembiraanku...
Tuesday, April 14, 2009
Genting Highlands, Kota Keriangan..
Hari ni aku ingat nak cerita sikit pasal percutian aku ke Taman Tema Genting, Genting Highlands pada 11 April 2009 hari Sabtu yang lepas iaitu sehari sebelum Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2008 diadakan di Arena Of Stars.
Tapi sebelum tu, aku nak ceritakan sedikit ringkasan tentang Genting Highlands ni yang aku dapat hasil dari pembacaan aku.
Genting Highlands, asalnya bernama Gunung Ulu Kali. Ia diasaskan oleh seorang individu yang bernama Lim Goh Tong ( Mendiang ). Beliau kini dikenali sebagai Tan Sri Lim Goh Tong dan merupakan salah seorang individu yang terkaya di Malaysia.
Lim datang ke Malaysia daripada Fujian, China ketika umurnya 19 tahun. Beliau bekerja sebagai tukang rumah dengan pakciknya kemudian menyimpan wang dan akhirnya memiliki syarikatnya sendiri, Kien Huat. Kemudian, beliau menceburkan diri dalam perlombongan bijih timah, getah, dan minyak kelapa sawit.
Pada mulanya, beliau bermula sebagai seorang kontraktor kecil. Sejarah Genting Highlands bermula apabila beliau telah mendapat hak membangunkan Genting pada tahun 1964 di bawah pentadbiran Tunku Abdul Rahman, Perdana Menteri Malaysia yang pertama pada ketika itu. Kini, Lim memiliki hotel yang terbesar di Asia, Genting ( First World Hotel, 6 300 bilik ), kasino 24 jam yang dikunjungi lebih 14 juta orang setahun. Beliau juga memiliki syarikat kapal pelancongan Star Cruises, syarikat kapal pelancongan terbesar di Asia.
Selain itu, beliau juga terlibat dalam perniagaan gas dan minyak di Malaysia. Kumpulan Genting yang diasaskan pada 1965 kini menjalankan pelbagai kegiatan termasuk perladangan, pembuatan kertas, penjanaan tenaga, minyak dan gas, perdagangan elektronik dan pembangunan teknologi maklumat.
Lim Goh Tong, 89, meninggal dunia pada 23 Oktober 2007 jam 11.20 pagi di Pusat Perubatan Subang Jaya kerana sakit tua. Beliau meninggalkan seorang balu bernama Puan Sri Lee Kim Hua, dan 6 orang anak mereka bersama 19 orang cucu.
Jadi, itulah dia sedikit sejarah tentang tempat yang bakal aku tujui ini.
Percutian aku pada kali ini disertai oleh jiran aku yang bernama Shahril Yahya, isterinya kak Hani serta dua orang anaknya iaitu Ika dan Zamir. Aku pula hanya disertai oleh Mam Besar dan anak sulung aku Farhana. Anak yang bongsu, Arisya aku tinggalkan kepada kakak ipar aku, kak Zana jaga kerana kesian tengok dia yang masih kecil pasti akan merasa letih bila banyak berjalan nanti. Ragam seorang kanak-kanak yang baru berumur setahun setengah pastinya akan sekejap nak menyusu, bermain, tido, menyusu balik, bermain dan tido balik. Selain itu kakak ipar aku juga meminta aku tinggalkan Arisya untuk menemankan dia yang bosan kerana tiada kawan. Kesian Arisya tak dapat ikut, hehehe... takpe, nanti dah besar sikit ayah bawak pegi Genting ok !
Kami bergerak dari Kota Puteri lebih kurang pada pukul 8.20 pagi melalui pekan Batu Arang, Rawang, Batang Kali dan sampai di Kereta Kabel Sky Way lebih kurang pada pukul 9.50 pagi. Selepas parking kereta, kami pergi beli tiket kereta kabel. Waktu yang dinantikan pun dah tiba, giliran kami menaiki kereta kabel.
Inilah pengalaman aku yang pertama menaiki kereta kabel. Perasaan gayat dalam hati hanya tuhan sahaja yang tahu ! Tambah lagi bila aku tengok besi penyangkut kereta kabel tu hanya sedikit aje tercangkuk pada kabel tu. Tapi aku terpaksa cover perasaan takut aku apabila melihat Farhana rilek aje tanpa ada sebarang perasaan takut. Anak rilek tak takut takkan ayah nak tunjuk menggeletarkan.. jadi aku terpaksa mengcoverkan badan aku yang dah menggigil kat dalam kereta kabel ni. Akhirnya kami sampai di puncak Genting.
Yahoo ! aku dah tak sabar nak main permainan kat Taman Tema Genting ni. Nasib baik dapat tiket free hasil dari mengumpul beli suratkhabar Berita Harian selama sebulan pada bulan Disember 2008 yang lepas. Terima kasih Berita Harian ! Aku dapat 2 tiket free game outdoor Genting ni. Nasib baik Farhana dapat masuk free tak guna tiket pasal budak lagi.
Sampai aje kat dalam tu, apalagi ! aku, Mam Besar, Farhana ngan jiran aku berlumba-lumba main game yang ada kat dalam tu. Macam-macam game yang aku main kat dalam tu. Semuanya yang mencabar ! Aku main game kapal terbang yang berpusing, gajah yang berpusing, naik keta antik pusing tasik, naik keretapi pusing tasik, dan macam-macam lagilah (ini bukan game yang mencabar ! hehehe…). Kami semua lepak kat dalam taman tema tu sampai pukul 6 lebih.
Lepas tu, balik naik kereta kabel lagi. Waktu balik, aku ikut jalan Ulu Yam pulak pasal nak try jalan lain. Kami sampai di rumah lebih kurang pukul 9.00 malam.
Secara kesimpulannya, percutian aku pada kali ni memang amat seronok ! Harap tahun depan Berita Harian bagi lagi tiket percuma pada pembaca-pembacanya. Oleh itu, jom kita sama-sama rebut peluang ni. Sapa tak pegi memang rugi woooo !!!!
Friday, April 3, 2009
Lampu Isyarat
Cuba anda semua tengok videoclip ini. Sila ambil iktibar kepada sesiapa yang suka melanggar lampu isyarat ketika berwarna merah. Cuba kira berapa kali penunggang motorsikal tersebut berpusing di udara ?
Labels:
traffic light
Thursday, April 2, 2009
Culik Ala Nurin
Hari ini, sewaktu keluar lunch tadi, saya terpandang beberapa jenis suratkhabar yg diletakkan di kaunter pembayaran di kedai makan sebelah opis saya. Tetapi, yg paling menarik perhatian adalah muka depan suratkhabar Harian Metro.
Setelah selesai membaca, saya ingin berkongsi maklumat ini dengan anda. Ingat ! Penjenayah ini masih berlegar-legar di mana-mana. Harap anda dan ahli keluarga anda sentiasa berwaspada.
SUBANG: Tragedi kes culik dan pembunuhan kejam Nurin Jazlin Jazimin, 8, pada 20 Ogos 2008, hampir berulang apabila seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun diculik sekumpulan lelaki menaiki van putih persis kenderaan yang didakwa melarikan Nurin.
Dalam kejadian jam 1 tengah hari kelmarin, Nurul Nazeha Mohd Zahir yang dalam perjalanan ke sekolah ditarik seorang seorang daripada tiga lelaki memasuki van sebelum dilarikan ke lokasi tidak dikenal pasti.
Mangsa yang diugut akan dibunuh bagaimanapun bernasib baik apabila penjenayah terbabit tiba-tiba ‘hilang minat’ sebelum mencampakkannya ke dalam longkang sedalam lebih satu meter kira-kira jam 11 malam berhampiran Plaza Tol Subang di sini.
Biarpun terselamat, Nurul yang diculik hampir 10 jam bengkak di kepala selain trauma akibat tindakan kejam penjenayah yang dipercayai cuba menculiknya dengan niat tertentu.
Dia ditemui dua orang awam menjelang tengah malam sebelum dibawa Balai Polis Subang.
Apabila ditemui di rumahnya di Kampung Melayu Subang di sini, pagi semalam, Nurul dapat mengingati setiap kejadian yang menimpanya ketika ditanya wartawan Harian Metro.
Dia ditemui dua orang awam menjelang tengah malam sebelum dibawa Balai Polis Subang.
Apabila ditemui di rumahnya di Kampung Melayu Subang di sini, pagi semalam, Nurul dapat mengingati setiap kejadian yang menimpanya ketika ditanya wartawan Harian Metro.
Mangsa yang mesra dengan panggilan ‘kakak’ memberitahu, dia berbasikal bersendirian ke sekolah menggunakan jalan pintas berhampiran rumahnya sebelum dihampiri van putih dari belakang.
Murid tahun empat Sekolah Kebangsaan Kampung Melayu Subang di sini, itu mendakwa seorang lelaki tiba-tiba keluar dari van lalu menariknya masuk ke dalam van.
“Basikal yang saya tunggang dicampakkan ke tepi jalan, manakala mulut saya ditutup dengan tangan kasar lelaki terbabit,” katanya.
Nurul menjelaskan, dia tidak dapat mengecam muka individu terbabit berikutan ketiga-tiga mereka memakai topeng hitam dan sering memberikan amaran supaya mendiamkan diri.
“Lelaki terbabit kerap berkata: ‘kau diam, kalau tidak aku hentak kepala kau, aku bunuh kau’ menyebabkan saya ketakutan dan tidak berani bersuara atau memandang wajah mereka.
“Saya hanya dibawa sekitar Subang dari tengah hari hingga lewat malam. Ketika itu, saya amat letih kerana langsung tidak diberi makan atau minum,” katanya.
Nurul yang berwajah mirip Nurin Jazlin, berkata penjenayah turut mengetuk kepalanya dengan tangan apabila dia cuba membuka mulut.
“Saya amat takut dan hanya teringatkan ayah dan ibu. Saya tidak tahu kenapa mereka melarikan saya.
“Selepas hari semakin malam, van berkenaan tiba-tiba berhenti di tepi jalan sebelum seorang daripada lelaki itu mengangkat saya keluar dan mencampakkan saya ke dalam longkang,” katanya.
Menurutnya, keadaan longkang yang agak dalam menyebabkan dia tersembam sebelum tidak sedarkan diri.
“Saya hanya sedar selepas didukung ke pejabat Plaza Tol Subang oleh dua orang awam sebelum dihantar ke Balai Polis Subang,” katanya sambil didakap ibunya, Norzalina Abu, 35.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed, yang dihubungi mengesahkan menerima laporan kehilangan kanak-kanak itu, namun enggan mengulas lanjut.
Menurutnya, polis sedang menyiasat kes berkenaan dari pelbagai sudut dan tidak mahu sebarang spekulasi ditimbulkan.
Labels:
Culik
Surat Ayang Utk Abang
memula skali ayang anto kat abang
Dear abang,
Ayang nak mintak kebenaran abang untuk bawa anak-anak balik ke kampung. abang tak perlu hantar ayang sebab ayang mampu untuk bawa anak-anak ke kampung musim cuti sekolah ni dengan bas.. abang jagalah diri abang dan kereta abang baik-baik... cuma ada perkara yang ingin ayang luahkan disini.... kereta baru abang tu mahal.. harga mencecah 100k barangkali.. sebab tu abang sayangkan kereta abang lebih dari ayang.. sampaikan abang dah terlena dalam kereta abang tu sejak abang beli 3 bulan yang lalu dah masuk 3 malam.... abang sayangkan kereta abang lebih dari ayang, nak tau ngape?
Harga kereta abang tu lebih mahal dari wang hantaran yang ayah ayang letakan masa kita kahwin dulu.. cuba hantaran ayang lebih mahal dari harga kereta abang?
Tiap-tiap pagi abang mesti gosok kereta abang, nak nampak berkilat...tapi ayang nak dapat kiss g.morning pun susah
Sejak beli kereta tu, sebulan sekali macam-macam aksesori abang beli kat kereta, ayang nak dapat hadiah besday setahun sekali pun susah..
Kereta sebulan sekali abang servis, abang kata kena jaga maintainance...ayang nak dapat pi salon setahun sekali pun susah..
Kereta abang make up lawa-lawa.. tapi kalau ayang make up lawa-lawa abang kata ayang tak sedar diri kereta abang bagi makan minyak mahal-mahal cecah 100 setin pun ada, ayang nak makan pizza sekeping jer masa mengidam anak kedua kita abang kata ayang mengada-ngada.
Kereta abang kalau anak-anak sentuh sikit bodynya abang marah anak macam nak makan, ayang jatuh longkang besar boleh abang gelak
Paling menyedihkan.. ayang tanya ngape tidur dalam kereta? abang jawab takut orang curi kereta abang... kalau ayang kena curi??
Ayang nak balik kampung dulu.. anak-anak nak jumpa atuk dengan nenek depa.. tak nak naik kereta abang takut calar. ayang calar takpe.. jaga diri elok-elok, sarapan ayang dah sediakan. ayang pi tak lama sekolah bukak ayang balik lah dengan anak-anak.. pesanan ayang..
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU MASAKKAN MAKAN KESUKAAN ABANG
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU BASUHKAN PAKAIAN ABANG
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU GOSOKAN KEMEJA ABANG
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU SIAPKAN AIR MANDI ABANG
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU KEMASKAN RUMAH ABANG
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU URUT-URUT BADAN ABANG
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU TEMANKAN ABANG TIDUR
Love,
ayang
--------------------------------------------------------------------------------------------------
ni abang lak bagi.....
Dear Ayang,
Bukanlah abang sayang keta tu lebih dr ayang.. tapi ayang kene faham keta tu keta bos abang. Nanti kalau ilang sapa nak ganti... ayang abang suruh keja ayang xnak, ayang kata nak dok umah jaga anak,nak siap kan sarapan nak kemas umah tapi ayang tiap2 hari bgn tido kul 12.. macam mana nak wat keja umah..
Cuba lah ayang pk mana x abang tido dalam keta.. abang balik keja lambat skit ayang dah kunci pintu..bukan nye abang gi foya2 kan abang gi keja...lagi satu pasal piza yang ayang ngidam tu.. ayang nak piza yg di oder dr jepun.. mana lah abang ada duit nak oder.. abang nak bg apam balik yg jual kat depan ofis abang ni ayang xnak, ayang nak jugak piza dr jepun.. nasib baik abang x belikan kalau x anak kedua kita tu mesti muka cam doremon..ish xnak laa abang..
Pasal hadiah kan abang dah belikan tapi abang sembunyi kan kat dapur.. ayang yang tersalah buang ingatkan sampah.. tulah abang suruh kemas umah tu ayang kata umah kita dah bersih tapi hadiah dgn sampah pun dah jadi serupa jek..hadiah tu mahal tau abang beli untuk ayang..
Sebenarnye abang sayang ayang lebih dr keta tu wlau pun hantaran masa kita kawin cuma rm8k..ayang x tau bpe kali abang turun naik bank nak wat loan rm8k...tapi demi ayang abang wat jugak..
sbb masa tu ayang kalau mekup mmg sebijik maya karin.. tapi sejak ayang wat rebonding 3 tahun lepas stp kali ayang mekup abang terbayang lak muka pontianak dlm citer phsm. bukan ayang x cantik tapi kening ayang tu gi cukur wat per.. wlau pun abang selalu cukur janggut abang tapi ayang xyah laa nak cukur kening ayang tu..pasal morning kis tu, ayang bgn pun dah tghri nak morning kis cam mana.. dah laa ayang.. abang malas nak citer...
Tapi abang nak bg tau jgk kat sini ayang tetap no 1 dlm hati abang..nanti kalau naik bas tu bebaik.. ayang nak balik kpg abang izinkan Cuma jgn lupa kim salam kat mak ayah kat sana .. kalau ada gulai tempoyak ke nnti jgn lupa bwk balik skit..
Kalau ada lembu terlepas ke ayang xyah laa susah2 gi kejar lembu tu... biar jek.. nnti abang balik kpg abang kejar kan ...bukan apa takut lembu tu tanduk ayang nnti bukan stakat calar jek silap2 leh masuk hspital. abang kene tanduk xpe..
Jaga anak2 baik2 jgn bagi diorang main kat sungai musim2 banjir ni.. nak dpt anak bukan senang takut nnti ayang ngidam lagi piza jepun lak lagi haru.. baik jaga jek yg dah ada tu..ayang pun jaga diri baik2.. jgn sampai jatuh longkang lagi.. hehe.. abang mmg xnak ketawa masa tu tapi nak wat cam mana ayang jatuh kepala dulu yang masuk longkang..dah laa rambut ayang masa tu baru lepas rebonding.. mmg abang ketawa...hahahhahahahahha
Labels:
surat ayang
Subscribe to:
Posts (Atom)
